Tuesday 28 September 2010

Sambungan Novel Sesuci Solehah Part 2- By Aim Suhaimi

Assalamualaikum...Kedengaran suatu suara dari luar laman rumah ibuku. Waalaikummusalam.. Balas aku dan ibuku serentak,”siapa tuhh?? Jemput la naik..”pelawa ibuku. Kemudian, ku lihat suatu susuk berbaju kurung kuning air di depan pintu rumah sambil tersenyum manis. Solehah! Umiku mempelawa Solehah masuk ke dalam isi rumah,lalu Solehah dengan penuh kesopanan di depanku dengan menundukkan badannya sedikit. Tenang saja aku melihat raut wajahnya,membuatkan ku berasa senang dan redup tatkala melihatnya. “Sekejap,biar makcik buatkan air”,kata ibuku tiba-tiba. Solehah membalas “tak payah la makcik..buat susah-susah je..leha datang sekejap jer.. tak boleh nak duduk lama-lama”. Ibuku tidak mengendah dan terus beredar. Tinggal aku dan dia sahaja di ruang tamu yang agak besar itu,kami saling berhadapan antara satu sama lain. Aku tidak berani nak memandangnya dan dia juga hanya tundukkan kepala ke lantai. Masing-masing diam seribu bahasa tanpa kata dan kelu. Hanya desingan kipas siling sahaja yang menjadi suara dan kedengaran.

Bak kata pepatah,”takkan perigi yang nak cari timba” lalu terpacul dimulutku kata-kata yang entah dari mana aku dapat untuk bersuara, “Leha buat apa sekarang?tanyaku, Solehah membalas dengan sedikit kaku “Leha baru habis belajar dekat Indonesia,ambil jurusan perubatan sakit puan,balas Solehah sedikit yakin.”owwhh,nak jadi doktor la nieh ya..”usikku padanya. Solehah hanya membalas dengan senyuman manis seperti madu. Keluar kelibat ibuku dari dapur dengan senyum sinis yang sangat bermakna padaku. Dulang yang berisi 3 cawan teh o panas serta dengan pisang goreng yang aku beli dihujung kampung tadi. “Jemputlah minum Lehah..jangan malu-malu pulak dengan abang Daniel hang nih..”kata ibuku pada Solehah. Setelah mengambil surat dari ibuku, Solehah memohon izin untuk pulang. Petang itu berlalu dengan begitu cepat dan pantas bagiku,masih belum puas aku menatap dan bersembang-sembang dengan dia. Tiupan angin yang begitu kuat di petang itu bagaikan tahu juga betapa bergeloranya jiwa Daniel saat ini.

“Jikau kau tak datang ini petang ini sudah tentu aku akan pergi kerumahnya”bisik hatiku sendiri. Tiba-tiba aku menerima satu panggilan telefon dari sesesorang,ku lihat skrin telefon itu tertera nama seorang insan bernama Ainun! Ku matikan terus telefon tatkala telefon itu berdering lagi. “Kenapa dia cari aku waktu-waktu indah macam ini?bisik lagi hati kecilku. Ku biarkan saja ingatanku pada panggilan telefon itu berlalu bersama-sama awan yang berarak di langit tinggi. Lagi dua hari,aku perlu segera pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugas-tugas kerja yang perlu aku langsaikan setelah 2 minggu bercuti. Dan aku rasakan yang cuti kali ini sangat bermakna dan indah buatku kerna dapat bertemu dengan insan yang aku sangat kagumi dan sanjungi. Solehah akan kubawa pulang juga walaupun hanya dengan ingatan dan memori padanya. Ohh tidakk!! Apakah ini? Kenapa aku boleh terfikirkan perkara ini dan hanya pada Penciptaku ku merayu dan memujuk diri tentang rasa yang kurasakan ini... Sambungan akan datang..^^

Monday 20 September 2010

Sedutan Novel Sesuci Kasih Solehah Part 2-Jika Kau Tak Datang Written By Aim Suhaimi

Sujudku pada Subuh itu masih lagi sama seperti hari-hari sebelumnya,keheningan pagi itu membuatku hampir mengalirkan air mata keinsafan yang teramat-amat kukesali. Diriku bagaikan ditembak dengan panahan kesunyian dan ketenangan yang tidak mampu ku luahkan dengan kata-kata. Pagi itu, aku membantu bondaku membuat kuih kegemaran arwah ayahanda ku iatu kuih lapis yang aku juga gemari. Benarlah kata orang,air tangan ibulah yang sangat istimewa dan tiada tandingannya,bagiku masakkan bondakulah adalah yang terenak dan terbaik berbanding yang lain. Melihat pada kuih lapis itu membuatku teringatkan pada insan yang banyak berkorban untukku dan keluarga ini,saatku masih memerlukan dan dahagakan kasih sayangnya dia telah pergi mengadap PenciptaNya terlebih dahulu dari kami. Kasih sayang yang aku kecapi sepanjang hayatnya bagaikan pendorong semangat dan azimat yang sukar untukku cari dimana-mana sahaja kerna terlalu indah dan berharga. Terpaksa bergelut dengan penyakit radang paru-paru yang di alaminya menambahkan lagi derita dihati bondaku yang bagaikan tidak mahu mengalah dengan dugaan hidupnya.
Walaupun sudah lapan tahun ayahandaku pergi,kurasakan bagaikan baru semalam aku bergurau senda dengannya. Kata-kata nasihat yang tak mungkin aku lupakan dan masih lagi terngiang-ngiang di otakku iatu “Daniel,hidup ini bagaikan lautan yang bergelora,layarilah ia dengan sampan yang baik iatu iman yang teguh, dayung yang kuat iatu akhalak dan layar yang bersih iatu tawakal kepada Allah”,pesan dia padaku. “Ilmu itu perlu dicari kerna ia tak akan datang pada kita dengan sendirinya,jadi kitalah yang perlu berusaha mencarinya”,pesan lagi dia padaku.
“Daniel..Daniel..okay ker tak nie?bondaku memanggilku. Lamunan ku terhenti seketika disitu,suara bondaku memecahkan lamunan panjangku itu,tercengang-cengang aku dimeja makan itu.”Daniel okay jer umi..”balasku serta merta. Bondaku tersenyum sinis melihatku,aku membalasnya dengan senyum kambing yang tersongeh-songeh. “ala..Daniel,sekilas ikan dilaut,mak dah tahu yang mana jantan betinanya, tak payahlah nak bersembunyi dengan umi lagi,”kata umiku lagi.Bagai mahu terkeluar saja kuih lapis yang sedang enak ku kunyah tadi mendengar kata-kata umiku itu. “Aku tak boleh sembunyi lagi nie”kata hatiku sendiri. Akhirnya terbuka juga seribu satu kerisauan hatiku ini untuk menceritakan dan bertanyakan tentang Solehah kepada umiku. “errmm..umi ingat tak dengan Solehah anak Haji Kamaruddin tu??soalku pada umiku spontan. “Solehah?umiku mencari kepastian. “Yang tinggal dekat dengan masjid tu ker?”soal umiku lagi. “Ya,betul la tu..”kataku lagi. Ohh..kenal-kenal,yang baru habis belajar dari Indonesia tu..kenapa Daniel?”tembak umiku pada ku lagi.
Nadaku sedikitku lega melihat reaksi umiku itu, “takda apa-apa la umi..semalam Daniel ada terserempak dengan dia masa nak ke kedai”balasku pada umiku. “Daniel berkenan ker dengan dia?”soal umiku lagi dengan lebih serius. Berderau jugalah darahku mendengar kata-kata sakti itu. “Budak baik Solehah tu,pandai jaga mak ayah dia..petang nie dia nak datang rumah ambil surat ayahnya disini”kata umi ku lagi. Hatiku mula tumbuh berbunga-bunga bila mendengar kata-kata umiku tadi. “Dia nak datang rumah?,”bisik benak jiwaku. Entah hantu apa yang sudah masuk ke badanku ini tatkala mendapat tahu yang Solehah akan muncul kerumahku petang ini,tak senang duduk aku dibuatnya. “Kenapa nie Daniel..?macam kucing hilang anak jer..?okay ker tak nie?tanya umiku tiba-tiba. Pantasku membalas dengan reaksi yang lebih tenang,melabuhkan punggungku ke sofa merah di dalam rumahku itu. Sambungan akan datang..^^

Tuesday 17 August 2010

Sedutan Novel Sesuci Kasih Solehah Part-1 Proloq Kasih Written By Aim Suhaimi

seseorang masuk kekamarku,rupanya bondaku yang tercinta.Kusalam tangannya dan berserta senyuman ikhlas seorang anak.Raut wajahnya tersirat pelbagai cerita dan pengalaman membuatku menjadi tabah dan kuat tika melihat wajahnya.Walaupun sudah berusia hampir 50 tahun,wajahnya dan kekuatannya sangatlah luar biasa.Umi dah makan?tanyaku sopan."Belum lagi..tunggu Daniel nak makan sekali kan?Balas bondaku.Aku membalasnya dengan senyuman lagi.Malam itu aku lebih banyak membisu daripada selalunya.Bondaku seakan memahami dan perasan akan perubahan tingkahlakuku."Daniel..ada masalah ker?tanya bondaku serius.Aku hanya menggelengkan kepala lesu tanpa suara,berat saja mulut aku untuk bertanya tentang Solehah kepada bondaku. Kubiarkan malam itu berlalu sepi tanpa ceritera cinta yang merobek jiwa.

Solehah Binti Haji Kamaruddin.Itulah seorang gadis berusia 25 tahun yang baru saja menamatkan pengajian di sebuah universiti di negara seberang Indonesia dalam khusus Ijazah Kedoktoran Sakit Puan.Merupakan anak sulung kepada 4 adik beradik dan merupakan satu-satunya kakak sulung dalam keluarga Haji Kamaruddin.Tudung litup yang menutupi kepalanya serta cermin mata hitam petak menjadi identiti dirinya yang serba sederhana tanpa alat perhiasan pada tubuhnya. Gerak gemalai tubuhnya memancarkan ciri seorang muslimah yang solehah secantik namanya juga.

Cuti panjang yang aku lalui sepanjang cuti sekolah ini aku gunakan sebaik mungkin untuk menghilangkan tekanan hidup dan kerja yang umpama batu besar yang menghempap kepalaku tika ini.Muhammad Daniel Bin Shafie. Nama itu tiba-tiba terpacul muncul di minda Solehah. “Apa cerita dia sekarang ya?”bisik Solehah pada hatinya sendiri. Seperti juga Daniel, Solehah juga bagaikan diusik perasaan yang membuak-buak untuk terkenangkan insan bernama Daniel itu. Seorang pemuda yang tinggi lampai,berkulit sawo matang dan bermata bundar,seorang yang bersopan santun dan sedang berkerja di ibu kota Kuala Lumpur sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta iatu Lim Kok Wing Universiti.


Sesungguhnya,baik Daniel atau Solehah kedua-dua jiwa ini sebenarnya sedang mengalami proses imbas kembali yang hanya mereka sahaja tahu apa yang sedang bermain-main di fikiran dan jiwa masing-masing kerna ingatan yang melayang itu pasti tersembunyi cerita yang penuh seribu satu persoalan. Lambaian sawah padi yang indah dan menghijau di bumi Perlis itu pasti mendamaikan jiwa sesiapa yang melihatnya. Kanak- kanak kecil riang gembira berlari-lari,berkejar-kejaran di Kampung Kuala ini menambahkan lagi suasana riuh dan gembira di sekitarnya. Terpacar juga adat kemelayuan pada gadis-gadis kampung yang membantu ibu bapa mereka membuat dan menjual pelbagai kuih- muih yang pastinya susah untuk dilihat di ibu kota raya. Sambungan akan datang..^^

Friday 6 August 2010

Sedutan Novel Sesuci Kasih Solehah Part-1 Proloq Kasih Written By Aim Suhaimi

Assalamualaikum..itulah kata-kata yang keluar dari bibirnya.Lantasku membalas salamnya dengan senyuman tulus.Solehah kan?"tanyaku.Ya, Solehah. Abang ingat leha lagi ker?"tanya dia kepadaku.Dengan penuh keterujaan aku membalas"yerla,mestilah abang ingat."balasku padanya.Takku sangka setelah 20 tahun dia meninggalkan kampung ini dia kembali jua ke desanya tercinta ini.Petang itu emosiku tiba-tiba terusik dek cerita lama yang pasti hanya aku dan dia yang tahu.Oh tidak!Kenapa sejarah lama yang sudah lama ku buang jauh-jauh kembali membuka lipatan sejarah itu.Yang pastinya..

dialah insan pertama yang berjaya membuka pintu hatiku yang sekian lama ku tutup rapat serapatnya.Entahlah,aura apa yang ada padanya yang membuatku terpukau dek kecantikan hatinya yang begitu jujur dan tulus itu.Aku pulang dari kedai petang itu dengan perasaan yang terbuai-buai dan penuh resah dan gundah gulana.Gejolak rindu terus bersarang di jiwaku dengan tiba-tiba,Ya Allah!apa yang sedang melanda aku ini?Lalang-lalang hijau di sisir jalan ku biarkan terus menari-nari,tidak lagi ku peduli seperti mulanya tadi.Ku pantaskan langkah kaki untuk ku cepat sampai kerumah. Awan mula menyembunyikan matahari yang sudah letih memancarkan cahayanya sepanjang hari.Bangau-bangau mula berterbangan menuju jalan pulang bagaikan menurut serta diriku ini.Malam itu...

aku termenung di hujung anjung rumahku seorang diri melayan perasaan yang sedang berbuah-buah ini.Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dan suaranya 20 tahun lalu bahkan aku merasakan seperti baru semalam kata-kata itu kudengar.Malam itu suasana agak suram dan panas sedikit,entahla kemana perginya angin-angin itu.Sedang leka aku melayan perasaanku,azan Isya mula berkumandang rupanya.Aku terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk,air pada ketika itu sangatlah sejuk bagaikan air telaga yang dipenuhi ais batu.Fuhh!Aku lupakan dulu ingatan ku padanya,kini aku sedang menghadap Penciptaku iatu Allah S.w.t. Kutenangkan hati dan berserah diri padaNya kerna aku hanyalah hambanya.Selesai aku menadah tangan berdoa,aku terdengar... Sambungan akan datang..^^

Tuesday 20 July 2010

Sedutan Novel Sesuci Kasih Solehah Part-1 Proloq Kasih Written By Aim Suhaimi

Petang itu aku keluar untuk membeli barang yang dipesan oleh ibuku,sambil-sambil itu aku melihat pepohon lalang bagaikan menari-nari di sepanjang hamparan jalan itu.Terasa nyaman sahaja suasana angin sepoi-sepoi bahasa yang menyelinap ke kulit halusku ini. kicauan burung-burung pipit di angkasa luas petang itu menambahkan kedamaian petang itu. Langkahku masih ku atur pantas menuju ke kedai yang tidak jauh dari rumahku nun dihujung kampung. Hamparan sawah padi yang sangat hijau dan mempersonakan itu membuatkan jiwaku begitu selesa dan aman.

Sedang diriku asyik menikmati keindahan alam, aku dikejutkan oleh sapaan seseorang dari belakangku,lalu kutolehkan kepala,alangkah terperanjatnya aku kerna yang berdiri satu susuk tubuh yang aku amat kenali. Ya!Aku sangat mengenalinya melalui senyumannya itu yang mekar bagaikan ros merah yang indah ditaman. Wajah yang suatu ketika dulu yang pernah membuat aku menjadi insan bergelar manusia. Lenggok badannya masih belum berubah seperti kali pertama aku bertemu dengannya.
Assalamualaikun..itulah kata-kata yang terpacul dari bibirnya. Lantasku membalas salamnya dengan senyuman tulus.

Friday 25 June 2010

Seandainya...

Salam semua rakan-rakan sekalian,apa khabar kalian sekarang?Rasanya sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini kerna masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan.Kali ini saya agak tertarik untuk berkongsi dengan kalian semua tentang sesuatu perkara yang saya rasa sangat universal untuk dikongsikan bersama-sama iatu masalah yang dihadapi oleh sebuah negara yang saya kira cukup bersejarah iatu kemelut yang berlaku di Palestine.Pergolakan yang berlaku bagi menentang Zionis durjana si celaka rejim Israel yang tak habis-habis menipu dunia tentang hak mereka.Pada hemah saya,apa yang terjadi terhadap rakyat Palastine ini berpunca dari mereka sendiri iatu mereka tidak bersatu padu dan bergandingan dalam menentang si Rejim Israel.Sedangkan mereka acapkali berkelahi sesama mereka bahkan sesama agama lagi!.

Jika ingin memastikan Palestine bebas dari cengkaman zionis,mereka hendaklah berhenti berbalah sesama mereka dahulu dan berganding bahu menghancurkan Israel durjana!.Seandainya mereka mempunyai nilai-nilai murni utuh dan jujur dalam berjuang,insyaallah..Allah akan membantu mereka sebaiknya.Seandainya juga kalau dunia tiada manusia yang berhati binatang dan mereka-mereka yang membinasakan bumi ini nescaya aman,damailah dunia ini.Namun,ungkapan seandainya ini sudah tidak relevan dalam zaman serba moden ini kerna agak mustahil bagi perkara ini berlaku.Keajaiban sahaja yang menjadi azimat buat mereka saat ini serta doa dari saudara seislam dan pertolongan Allah sahaja.Dikesempatan ini,marilah kita bersama-sama mendoakan agar tanah Palastine akan bebas dan peroleh kemenangan unggul dan membuka mata kuasa-kuasa besar dunia!.Ya Allah!Padamu saja kami berserah dan memohon perlindungan dan kekuasaan dariMu.Amin.

Salam sayang dariku,
Suhaimi Aziz

Monday 17 May 2010

Habis Madu Sepah Di Buang!!


Salam semua teman-temanku,apa khabar kalian hari ini?Moga-moga dalam lindungan rahmat Allah hendaknya..Insyaallah..Kali ini saya rasa sangat terpamggil untuk berkongsi suatu kisah dan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.Nak tahu apa?Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa!!Saya berasakan seperti masyarakat kita sudah kembali seperti zaman jahiliah dahulu kala iatu membunuh anak perempuan yang baru lahir tetapi kita adalah manusia yang lagi teruk kerana anak lelaki juga menjadi mangsa!Nauzullbillah..Apa nak jadi dengan moral dan akhlak masyarakat-masyarakat kita?Sudah jauh menyimpang dari ajaran agama.Adakah salah ibubapa?rakan-rakan?media massa?Tepuk dada tanya iman masing-masing..!Manusia yang membuang anak dari perut sendiri ini tidak layak di gelar MANUSIA!BINATANG adalah lebih sesuai buat manusia-manusia jahil tersebut.!Susah payah seorang ibu menanggung azab untuk mengendong dan mengusung kita dari satu hari sampailah 9 bulan 6 hari,akhirnya membalas tuba kepada ibunya sendiri.Keruntuhan akhlak dan sosial pada hari ini yang semakin menjadi-jadi ini akan terus berleluasa jika tidak dibendung sebaik mungkin.Perlukah kita salahkan si lelaki?atau si perempuan?Siapa yang patut di persalahkan?Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin,tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, itulah kesimpulan yang boleh saya katakan..Buat si kuntum bunga jadilah seperti sifat pohon semalu yang sangat sensitif dan sangat malu bila di sentuh,tapi malu-malunya juga kalau terkena durinya..berdarah jari..!Maknanya jadi insan yang punya tinggi maruah diri dan dihormati masyarakat..Wallahualam..

Monday 3 May 2010

Seindah Biasa Tapi Luar Biasa..

Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Ulang Korus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan
 
Inilah lagu yang aku rasakan sangat dekat dan telus dengan hatiku ini.Bait-bait lagu ini seperti ada kena mengena dengan hidupku,sangat puitis dan bermakna maksud disebalik liriknya.Padaku,musik juga antara salah satu medium untuk kita meluahkan dan mengekspresasikan perasaan dan emosi jiwa.Kata-kata yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada insan-insan yang seringkali tewas dan putus asa dengan roda-roda kehidupan.Hanya kita yang mampu merembeskan gelora dan gejolak di lautan emosi.Entahlah..kadang-kala suasana yang seindah biasa ini mampu menjadi luar biasa panoramanya.Selagi ada titipan kasih yang berpaut bersama-sama,insyaallah..memberi sejuta nafas dan cahaya baru buat semua.Lagu dan irama umpama bukit dan tanah yang tidak mampu di pisahkan dalam diriku.Percayalah keajaiban sering tergantung khas buat semua,hanya kita yang perlu bergayut mendapatkannya.Salam penuh kasih sayang buat semua..
 


Wednesday 28 April 2010

Menangislah..

Salam semua teman-temanku,apa khabar kalian hari ini?Menangis..siapa yang tidak pernah menangis bukan?Sedangkan nabi pun menangis,inikan pula kita manusia biasa.Kadangkala manusia ini pelik perangainya,menangis sebenarnya punya pelbagai cerita dan keadaan yang berbeza.Tapi sayang,manusia ini egonya lebih tinggi dari gunung Everest nun jauh di sana.Saatku menghadapi detik-detik yang sukar dan lara,air matalah peneman ku yang paling sempurna.Bagiku,biarlah apa sahaja yang ingin menembak atau memacu diri ini tentang apa yang terjadi padaku,hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.Sukar bagiku untuk menunjukkan diriku yang sebenar kerna ada mata-mata yang meniti-niti untuk mencari salah dan prasangka.!Namun,siapalah aku untuk menutup tirai-tirai duka yang terus menghimpit jiwa yang saat ini dahagakan telaga kasih sayang.Menangisku bukan maknanya aku telah kalah pada permainan drama dunia tetapi terus membaiki kekurangan karektor diri dan skripnya agar tangisan yang terlerai pada tika itu menjadi ubat kepada muhasabah diri.Dan aku berjanji pada air mata yang jatuh di pipi mulus ini bahawa inilah yang terakhir buatmu.Menangisku juga bukan meminta simpati tetapi nekad di hati serta percaya pada kuasa Allah Taala bahawa setiap kerja dan perbuatan yang dilakukan baik atau sebaliknya akan mendapat balasan yang setimpal walaupun sebesar zarah.Moga-moga,air mata anak yatim yang mengalir ini akan menjadi inspirasi buat sesiapa yang berusaha untuk mencari kebahagian di dunia dan akhirat.Ya Allah!Jika ini jalan yang terbaik untukku,pimpinlah aku agar aku tidak jauh dari rahmat dan hidayahMu serta menjadi pedoman dan amalan buat jiwaku ini.Permudahkanlah segala urusanku,perluaskanlah pintu-pintu keberkatanMu agar aku sering menangis dan takut akan kekuasaanMu.Amin.

Hamba Allah.
Suhaimi Aziz

Monday 12 April 2010

Erti Persahabatan Padaku...

Salam semua teman-temanku,apa khabar kalian hari ini??harap-harap dalam keadaan baik-baik hendaknya.Saya ingin berkongsi bersama kalian tentang suatu perkara yang kadangkala di pandang biasa oleh sesetengah manusia iatu PERSAHABATAN.Apa itu persahabatan?adakah suatu hiburan?khayalan?cerita dongeng?Persahabatan itu merupakan suatu ikatan antara seorang makhluk yang bernama teman yang sentiasa menjaga apa sahaja baik buruk,suka duka dan rahsia-rahsia serta tempat untuk melepaskan emosi dan perasaan dan tempat untuk meluahkan emosi dan apa jua masalah.Itulah namanya PERSAHABATAN pada diriku!Susah senang,pahit-manis dapat dikongsi bersama-sama.Alangkah indahnya dunia ini jika semua manusia di seluruh dunia mengamalkan menjadikan sahabat sebagai suatu perkara positf.Dunia sekarang sudah ketandusan kasih sayang,keperikemanusiaan,dan nilai-nilai murni yang suatu ketika dahulu di sanjung tinggi.Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menerima segala baik buruk dan dapat mengawal sifat marahnya.
Saya sangat tertarik dengan beberapa petikan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang berbunyi:
 Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
Semoga kita bersama-sama dapat menyemai semangat menghargai sahabat dan mengenal erti sebenar PERSAHABATAN.Insyaallah..(^^)


Khas buat Sahabat-sahabatku.


A Lots Love,
Suhaimi Aziz

Saturday 10 April 2010

Dia Kini Lagenda Industri Hiburan Malaysia..!!


Salam semua teman-temanku,terdetik di hati ini hendak menceritakan tentang seorang insan yang dahulunya seorang gadis kampung yang hanya insan biasa seperti insan-insan lain.Siti Nurhaliza Binti Taruddin...!!Nama yang sudah harum mekar bak bunga mawar di serata dunia.Bahkan sudah digelar sebagai The Diva Of Asia..!Bermula dengan menyertai Bintang HMI,beliau terus terbang tinggi setingginya tanpa menoleh kebelakang lagi.Kini,setelah 15 tahun di arena seni suara beliau masih lagi teguh berdiri..Nahhh..peminat-peminatnya begitu sayangkan beliau kerana keperibadianya yang sukar di cari didalam dunia seni.Bak mencari mutiara di dasar laut yang jauh dalamnya dan tak mampu diselami oleh kita.Adat dan perangainya yang sangat dijaganya amat luar biasa di perolehi.Baru-baru ini beliau baru sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian.Kejayaan yang beliau perolehi sekarang sesuatu yang saya pasti tiada galang gantinya.Namun,mulut manusia tak pernah lari dari sikap cemburu dan iri hati,ada sahaja mulut-mulut bangkai yang tidak begitu senang denagan kejayaan beliau.Tapi,semakin banyak yang mengejinya,semakian kuat beliau dan peminat beliau.Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau tempohari berbunyi"Anda(peminat)merupakan sesuatu perkara yang terhebat yang pernah ct lalui!".Saya sebagai salah seorang jutaan peminat beliau mendoakan yang terbaik buat beliau dalam apa jua yang beliau lakukan kerana saya sangat menyanyangi beliau sebagai peminat.All the best Ct!!(^_^)

Perlukah Berdua..??


Salam semua teman-temanku...apa khabar kalian hari ini??ini ialah nukilan pertama di blog ini..Tahla..tiba-tiba tergerak hati ini nak buat blog...Cinta..sesiapa sahaja di dunia ini pasti tahu apa itu erti cinta..Aku seringkali di usik oleh teman-teman "wei,dah ada yang berpunya ker belum??Tapi jawapan aku masih tetap sama seperti dulu,"biarlah..tak payah susah-susah nak cari..!kalau ada,adalah..tak lari gunung di kejar.."Aku dah bosan acapkali di tembak dengan soalan-soalan cepumas nie.Kadangkala terdetik dalam hati ini "Perlukah berdua??".