Wednesday 4 April 2012

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part 5- Dia Solehah

  Siti Solehah binti Haji Kamaruddin. Itulah nama yang sering berlegar-legar dalam ingatan Danial kerana wanita ini sebenarnya merupakan insan yang cukup meruntun dan mampu merobohkan ego mana-mana lelaki yang mengenalinya. Mungkin jua Solehah merupakan seorang bidadari yang dianugerahkan Allah untuk seseorang yang ketandusan kasih sayang dan juga buntu dalam melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesederhanaan dan kesopanan. Dari lagak gayanya tak ubah seperti wanita-wanita muslimah yang lain tetapi disebalik senyumannya yang tidak pernah putus menguntum itu dia sebenarnya seorang pahlawan serikandi!

Perkara yang paling membuatkan Danial begitu teruja dan terpesona dengan Solehah adalah tatkala apabila melihat kelibat wanita itu yang memanjat pohon kelapa untuk mengambil buah kelapa buat jiran rumahnya. Mengagumkan! Walaupun pohon kelapa dirumahnya tidaklah terlalu tinggi dan besar namun Danial bagaikan terpaku kerana melihat Solehah yang tanpa segan silu dan apatah lagi rasa takut untuk memanjat pohon kelapa itu. Hakikatnya,Danial sendiri sebenarnya tidak pandai memanjat pohon kelapa walaupun merupakan anak kampung sejati. “Dalam hidup ini kalau kita tidak mencuba sesuatu perkara atau benda yang baik untuk kita,rugilah sangat!” Seloroh Solehah pada Danial yang kelihatan merah padam.

Namun,hakikat namanya manusia itu tidak akan dan tidak boleh lari dari kekurangan dan kelemahan yang sememangnya ada pada makhluk ciptaanNya. Solehah sebenarnya seorang wanita yang sangat alergi terhadap bunga. Solehah tidak suka akan bau bunga-bunga yang ada dirumah mahupun kampungnya. Hidungnya cukup sensitif dengan bau bunga sehingga kadangkala ibunya cukup pelik dan rimas dengan anak daranya itu. Pernah juga suatu ketika dulu,Solehah mendapat tempat pertama dalam kelasnya dan menerima sekuntum bunga ros merah dari pelajar lelaki kelasnya namun tidak semena-mena Solehah pengsan!
Setelah diberitahu,barulah semua rakan-rakannya tahu yang Solehah sangat alergi pada bau bunga. Habis riuh satu kelas tatkala mendengar berita tersebut! Solehah hanya diam tanpa kata-kata. Hanya senyuman dan raut wajahnya yang member jawapan. Danial juga antara insan yang pertama dan terawal mendapat penampar sejati dari Solehah dek kerana memberi sejambak bunga ros putih pada ulangtahun harijadi Solehah. Solehah betul-betul malu dengan apa yang dibuatnya tetapi itulah hakikatnya buat insan bernama Siti Solehah binti Haji Kamaruddin!  Dia cukup alah dengan bau bunga! Danial hanya mampu tersenyum pedih tatkala itu. Itulah akibatnya kalau tidak mengenali betul-betul seseorang itu.

Perjalanan hidup Solehah bagaikan sebuah drama swasta yang sangat ironi dengan jiwanya. “Biarlah jatuh ataupun runtuh semua bintang-bintang dan planet-planet di angkasa itu,aku tidak akan pernah berganjak dan berundur dengan apa yang telah aku pacakkan selama ini melainkan dengan kehendak Ilahi. Insyaallah! Akan aku menjadi manusia yang sentiasa berada pada setiap kedukaan dan kesedihan manusia tetapi biarlah aku tiada pada setiap bau-bau kebahagiaan dan kesenangan kerana itu hanya akan melalaikan dan melupakan aku pada Penciptaku.” Itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh Solehah pada keluarganya mahupun Danial tatkala dia kehilangan adiknya tercinta. Prinsip dan pegangan hidup itulah yang telah mematangkan Solehah dalam menangani masalah dan dugaan. Semangat dan kekuatan itu masih lagi kuat menyala dalam obor jiwanya pada saat ini. Walaupun percintaannya dengan Danial seringkali diduga dengan pelbagai masalah tetapi Solehah menganggap itulah tandanya Allah ada dekat dengan cintanya.

Jika dilihat pada mata kasar manusia lain mungkin percintaan mereka kelihatan perit dan penuh dengan kesukaran tetapi hakikatnya hanya Solehah dan Danial yang mampu merembeskan rasa dan perasaan cinta mereka kerna bait-bait indah  dan gembira mereka adalah apabila dapat menyenangkan dan membahagiakan keluarga masing-masing.

                                       ***********************************

Saturday 28 January 2012

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part-4- Derita Merindu

   Hari yang Solehah nanti-nantikan akhirnya telah pun menjelma. Barang-barang dan peralatan yang sepatutnya dia bawa telah pun dirapikan. Terpancar perasaan sugul dan sedih diwajah kedua ibubapanya yang sudah Solehah jangkakan. Pada Solehah, dia mahu kepergiannya kali ini bukanlah cubaan untuk melarikan diri dari menjalankan tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tetapi sesuatu usaha untuk memberikan lebih banyak kebaikan dan kesempurnaan pada keluarganya.
Kelibat sebuah teksi merah putih sedang menunggu dihalaman rumah Solehah yang begitu kemas dan bersih ditambahkan lagi dengan bunga-bunga yang tumbuh mekar dan segar itu. Angin-angin yang berterbangan dan menjalar disegenap tubuh membuatkanku bertambah sayu dan kaku untuk meninggalkan kedua orang tuaku. Entahla perasaan apa yang menembakku ini dan ianya lebih teruk daripada saatku meninggalkan kampung halaman ini untuk menyambung pengajianku di Indonesia.
Mungkin inilah yang dinamakan kasih sayang yang suci serta pengorbanan yang aku kirakan sebagai suatu ibadah buat keluarga dan masyarakatku. Mana mungkin aku menolak peluang yang hanya muncul seketika ini dan tidak mungkin akan aku perolehi pada masa depan. Ya,memang benar rezeki itu bukan datang dari tangan kita tetapi jikalau kita tidak berusaha untuk mendapatkannya mana mungkin jua ianya akan terbang sewenang-wenangnya ke muka kita. Pekerjaan ini sememangnya sebuah idaman dan harapanku sejak dari aku menjejakkan kaki di menara gading lagi. Membantu dan menyelamatkan orang-orang yang memerlukan pertolongan merupakan perkara yang menarik dan baik padaku. Ianya dapat mengajarku erti kesusahan dan belajar untuk menghargai kehidupan pinjaman sementara ini.
Puan Umi Kalsom Binti Norizam. Merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai hanya seorang putera yang sangat disayangi iatu Danial! Beliau merupakan seorang surirumah yang kemas dan teliti dalam memastikan keadaan rumah tangganya dalam keadaan baik dan sempurna. Mahligai indah yang terletak di tengah-tengah sawah padi di Kampung Kuala ini telah terselit seribu satu kedukaan dan cerita yang membuatkan surirumah itu menjadi sehebat dan setabah itu. Tak salah kalau Danial begitu mengasihi dan mengabdikan dirinya kepada bondanya yang tercinta itu. Apa saja yang keluar dimulut bondanya itu sudah pasti Danial akan patuh dengan taatnya. Begitulah betapa kuatnya ikatan kasih sayang diantara Danial dan uminya.
Namun, disebalik limpahan kasih sayang dan kebahagiaan yang Danial terima sebaliknya bondanya tersangatlah merindui lelaki yang menjadi suaminya yang pertama serta terakhir kali. Kehilangan suami tercinta telah melenyapkan segala rasa dan nada Puan Kalsom dalam menjalani kehidupan seharian. Dia menyangka hujan sampai kepetang tetapi berhenti di tengahari. Derita merindu yang menjalar dihati Solehah seolah-olah mengerti dan memahami dengan perasaan umi Kalsom juga. Kedua-dua jiwa ini begitu mengharapkan agar rindu yang menjadi penyakit pada hati mereka akan segera sembuh dengan penawar yang mampu menyembuhkan penyakit itu dan yang pasti penawarnya ialah Danial!
Umi Kalsom merasakan yang keluarganya belum cukup lengkap dan sempurna tanpa kehadiran seorang insan yang bernama SUAMI dan BAPA. Danial hanya mampu menagih kasih sayang dari seorang ibu tetapi beliau tidak mengenal apa rasanya kasih seorang ayah ataupun bapa. Itulah perkara yang membuat uminya tersangat kecewa. Impiannya untuk membesarkan puteranya itu dengan suami tercinta tidak kesampaian. Bukan dia cuba untuk menolak dan menafikan kuasa Allah tetapi hatinya sedih,pedih dan perit bila mengenangkan dirinya yang terkapai-kapai bagai layang-layang yang terputus talinya mencari jalan hidup disamping membesarkan anaknya itu. Kini,setelah 20 tahun sejarah itu berlalu namun deritanya itu masih lagi berterusan dan dia cuba untuk menyorok perasaan itu tanpa pengetahuan Danial. Biarlah derita merinduinya itu hanya hati dan dirinya yang mengetahui.  Penyakitnya yang kian kritikal dan tidak terkawal itu mungkin akan menjauhkan lagi ikatan kasih yang cuba Solehah jalinkan. Solehah tidak mampu mencegah perasaan sedih dan terkilan dengan apa yang telah melanda Umi Kalsom.
Sungguh berat dugaan yang Umi Kalsom terima semenjak dari Solehah kenalinya. Dimanalah kekuatan dan ketabahan yang Danial dapat dalam melayari kehidupan seharian itu. Walaupun kini Danial dan bondanya hidup umpama  didalam guni yang dipenuhi beras namun itu tidak cukup lagi untuk menjamin kebahagiaan keluarganya.

                                                  ------------------------------------

Wednesday 18 January 2012

KR1M: Apa Kata Anda

Seperti kita sedia maklum,Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan sangat majmuk dari masyrakatnya. Tiga kaum utamanya dibumi bertuah Malaysia ini iatu Melayu,India dan Cina merupakan aset dan lambang kesatuan rakyat Malaysia. Oleh itu,seruan yang dilaungkan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iatu Dato Seri Najib Bin Tun Razak tentang gagasan 1Malaysia merupakan suatu idea dan kombinasi yang bijak dari beliau. Beliau mahukan kesatuan dan pepaduan yang sudah 54 tahun bersemadi dan mekar dibumi  suci Malaysia ini terus kukuh dan utuh dari segala anasir-anasir dan ancaman luar.Bak kata pujangga,“bersatu kita teguh,bercerai kita roboh”!.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)? Apakah itu? Adakah ianya salah satu propaganda kerajaan? Atau hanya gimik semata-mata?. KR1M merupakan sebuah perlaksanaan dan idea yang dikeluarkan oleh kerajaan negara Malaysia bagi membantu mengurangkan beban rakyat dari segi pembelian barang-barang runcit terutamanya isi barang-barang keperluan dapur. Ianya kelihatan seperti sama sahaja dengan kedai-kedai runcit lain tetapi hakikat dan tafsiran itu adalah salah sama sekali! Apakah keistimewaan KR1M sehingga ianya menjadi pilihan rakyat?

Disini ingin saya tegaskan yang KR1M merupakan suatu kedai dimana ianya menyediakan barang-barang runcit yang menarik dengan harga mampu beli yang berpatutan serta bersesuai. Justeru itu,secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan beban isi keluarga yang berpendapatan rendah. Tepatlah dengan usaha dan slogan kerajaan yang mahukan rakyat didahulukan dari segala segi dan aspek baik terutamanya pendidikan mahupun kesihatan. Ini terbukti melalui penubuhan Klinik 1Malaysia serta segala yuran persekolahan yang dimansuhkan bermula sesi 2012. Ini jelas menunjuk kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat.

KR1M juga bukan saja mampu menyelamatkan rakyat tetapi ianya juga dapat memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sebenarnya. Ianya umpama serapang dua mata kerajaan dalam memastikan rakyatnya menjadi keutamaan negara. Itulah penyebabnya kerajaan mahukan KR1M ini terus berkembang diseluruh Malaysia dan menjadi kepercayaan dan mata serta telinga kerajaan bagi membasmi kemiskinan dan beban seluruh rakyat Malaysia. Tiada lain yang dimahukan oleh kerajaan selain melihat rakyatnya terus selesa dan aman ditanah tumpah mereka sendiri.



Disamping itu,KR1M juga merupakan aset yang mampu memberi pulangan yang terbaik buat rakyat kerana barangan  runcit yang terdapat di KR1M adalah setanding dengan barang-barang yang terdapat  di kedai lain. Kualitinya yang terjamin dan maklumbalas dari orang ramai yang datang membeli di KR1M sangat berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti produk KR1M. Bahkan ianya jauh lebih baik berbanding dikedai runcit biasa. Inilah yang dikatakan “ genggam bara biar sampai jadi arang” dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Jadi pada saya,KR1M merupakan suatu usaha dan idea yang sangat bernas dan bertepatan kerana ketika Negara sedang menghadapi peningkatan ekonomi yang sangat perlahan akibat kesan kejatuhan nilai mata wang (Dollar) Amerika Syarikat. Tetapi hakikatnya, Malaysia masih lagi mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara  maju lain. Inilah suatu perancangan jangka panjang yang bijak dan telus oleh kerajaan Malaysia. Mampu untuk menstabilkan ekonomi negara dalam krisis yang masih berlarutan disamping menjamin kesejahteraan rakyat.

Selain itu, saya juga melihat yang disebalik kebaikan dan faedah yang rakyat perolehi dari KR1M,ada juga kekurangan dan kelemahan yag boleh diperbaiki antaranya dengan penubuhan KR1M ianya akan mengancam periuk nasi peniaga-peniaga kedai runcit lain. Tetapi pada saya,itu bukanlah alasan dan punca untuk menolak KR1M semudah-mudahnya. Sebaliknya,peniaga-peniaga runcit sepatutnya mengambil perkara ini sebagai cabaran untuk memperbaiki segala kekurangan dengan memperbaiki perkhidmatan yang lebih baik serta pengeluaran barang-barang dan produk yang lebih baik dan inovasi. Inilah yang dinamakan sebagai persaingan yang sihat.

Begitulah penangan KR1M pada rakyat Malaysia terutamanya. Dengan perkhidmatan yang begitu mesra dan ramah telah berjaya menawan hati seluruh rakyat Malaysia yang datang ke KR1M ini. Walaupun ianya seringkali dicemuh oleh pihak pembangkang kerajaan namun ia tetap tidak menjadi kudis dan parut pada usaha murni kerajaan ini. Semakin banyak lemparan negatif yang diterima semakin KR1M menjadi pilihan dan popular. Begitulah kata-kata Perdana Menteri pada sebuah akhbar baru-baru ini.

Akhir sekali,saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan di negara ini ingin menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama menyokong dan mendokong segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia kerana ianya sangat berbaloi dan sangat boleh dipercayai dibawah payuang kepimpinan Perdana Menteri sekarang. Saya sebagai pendokong gagasan 1Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negara kerana telah berjaya mengubah landskap ekonomi,politik dan pendidikan dinegara ini.


Moga segala kemudahan dan kesenangan yang diberikan oleh kerajaan ini akan terus kekal selama-lamanya. Moga-moga segala usaha murni ini terutamanya KR1M ini mampu membuka mata dan hati rakyat Malaysia betapa kerajaan mengutamakan segala kebajikan rakyatnya. Tanpa rakyat,siapalah mereka di atas sana. Sekaligus,menutup mulut-mulut jahat yang mempersoalkan kewibaaan Perdana Menteri Malaysia sekarang yakni Dato Seri Najib Tun Razak yang memayungi tampuk pemerintahan negara Malaysia. Syabas! Tahniah Dato Seri! Salam 1 Malaysia!


 Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub

Saturday 16 July 2011

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part-4- Derita Merindu

Part 4- Derita Merindu
“Danial.. oh Danial...”kedengaran suatu suara yang terpinga-pinga. Aku tersedar kembali dari tidurku dan kulihat Megat begitu hairan melihatku yang begitu terkejut melihatnya seperti melihat hantu!” Kenapa kau tidur dekat pejabat nih?” Sampuk Megat padaku. Aku cuma mengelengkan kepala kepadanya. Setibanya dirumah aku terus mandi dan menunaikan solat Isya dan terus tidur kerana keletihan walaupun bukanlah berat mana pun kerjaku dipejabat. Aku terpaksa membahagikan kerjaku dan juga masaku untuk mendidik di universiti. Semua itu aku tidak boleh abaikan kerana sudah menjadi tanggungjawabku sekarang. Walaupun aku cuba untuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun namun Solehah tetap kerapkali muncul dibalik fikiranku ini. Entah apa yang sedang dia buat sekarang? Bisikku sendiri.


Kelibat seorang perempuan sedang melintasi padang sawah padi yang terbentang luas dikiri kanannya. Lagak jalannya beitu tergesa-gesa melalui jalan tar hitam itu dan seketika dia sampai dirumahnya. Assalamualaikum.. mak oh mak…! ayah..oh ayah! Panggil Solehah didepan rumah kayu itu. Waalaikumsalam.. ada apa Lehah? Kalut jer mak tengok? Ada apa nih? Kata ibunya gusar. Mak! Lehah dapat tawaran kerja dekat Kuala Lumpur! Bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur! Seloroh Solehah pada ibunya. Alhamduliahh.. syukur banyak-banyak Lehah! Nanti bagitau dekat ayah kau sama.”sambung ibunya gembira. Tak terucap dek kata-kata tatkala Solehah mendapat tahu keputusan yang diterimanya. Senyumannya terus melebar apabila ayahnya pun merestuinya untuk bekerja di Kuala Lumpur kerana bagi kedua ibubapanya Solehah sudah matang dan bersedia untuk menerima apa saja dugaan dan cabaran disana nanti.


Ya Allah! Tiada kata yang mampu hambaMu ini ucapkan melainkan syukur kehadratMu kerana memberikanku kegembiraan dan ketenangan dalam menempuhi liku-liku hidup yang penuh ranjau ini. Sesungguhnya aku bermohon padaMu kuatkanlah hatiku,ampunilah dosa-dosaku,dosa-dosa kedua orang tuaku dan berikanlah aku ketabahan hati sepertimana tabahnya Musa menghadapi Firaun yang dilaknat itu. Sesungguhnya padaMu kubeserah segalanya kerna hanya Kau  yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasih. Amin. Dua belah tapak tangannya menekup mukanya yang jernih itu. Air mata Solehah berlinangan dan jatuh berjurai-jurai dikain telekungnya. Solehah sujud kembali di sejadahnya. Malam itu Solehah terkejut kerana menerima mesej dari sesorang yang memang dia nanti-nantikan. Danial! Solehah berbalas mesej dengan Danial:
Danial: Salam. Ada mana? Dah makan?
Solehah: Wsalam. Rumah. Belum baru habis solat. Awak,saya ada benda nak cakap.
Danial: Apa dia??
Solehah: Saya dapat kerja di k.l..
Danial: Kerja apa??
Solehah tidak membalas mesej itu sengaja biarkan Danial terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Solehah senyum seorang diri.  Solehah tidak mahu derita merindunya pada Danial dapat dihidu oleh kedua ibubapanya apatah lagi pada Danial sendiri. Biarlah apa yang dia rasakan kini hanya dia dan Allah yang tahu rasa hatinya itu. Cukuplah setakat itu. Solehah  juga  tak mahu derita merindunya itu akan membunuh perasaan hatinya sendiri dan geloranya tidak akan merintih lagi. Itulah yang Solehah harapkan juga pada Danial. Solehah membaringkan dirinya dikatil biliknya sambil membuka radio hitam milik ayahnya dan kedengaran lagu “Percayalah” nyanyian Dato Siti Nurhaliza berkumandang dibiliknya. Aduhh! Macam tahu-tahu jer radio nih” lirih Solehah sendiri. Solehah begitu terasa hati mendengar lagu itu dan sangat kena dengan perasaan hatinya sekarang. Dibiarkan radio hitam itu terus berkumandang dan dia kini sudah mula mahu melenakan diri dan terus tidur.


“Bila kau start kerja disana?” ayah bertanya. “Hujung minggu nih ayah,ucapku”. “ Mak harap Lehah dah bersedia untuk bekerja disana sebaik mungkin,jaga diri,jaga solat dan jangan lupa Allah,pesan ibuku sambil meletakan cempedak goreng di atas meja makan. “Insyaallah mak,Lehah akan ingat pesan mak dan ayah tuhh”,tambahku lagi. Walaupun aku begitu gembira untuk bekerja di Kuala Lumpur namun aku tetap sedih dan berat hati untuk meninggalkan kedua ibubapaku yang sudah dimamah usia. Tulang kudrat mereka sudah semakin kendur dan tak kuat. Kalau apa-apa terjadi pada mereka hanya aku yang perlu bertanggungjawab walaupun aku anak gadis mereka. Sudah nasib aku menjadi anak perempuan tunggal dalam keluarga setelah adik lelaki aku meninggal dunia ketika berumur 3 tahun akibat jantung gagal berfungsi. Itulah juga inspirasi dan pedoman yang kupegang untuk menjadi seorang doktor yang berjaya membantu orang-orang yang memerlukan bantuan ketika sakit.
Dua hari lagi aku akan meninggalkan kampung ini setelah setahun aku kembali dari pengajianku di Indonesia. Dan aku juga harapkan dapat membantu bonda Danial yang menghidap penyakit Alzhemiar setelah lima tahun Danial meninggalkan kampung halamannya ini. Derita yang bondanya hadapi itu akan bertambah derita sekiranya dia mengetahui yang anak lelakinya itu masih lagi menaruh hati pada aku. Walaupun setelah kejadian hitam itu,bonda sudah tidak mempercayai sesiapa dikampung itu termasuklah aku! Walaupun Danial cuba patahkan perasaan benci bondanya itu pada aku namun bondanya tetap tidak mampu memadamkan derita itu.
Nasibku begitu baik kerana bondanya sudah mula melupakan perkara itu tetapi bukan kerana kerelaan hatinya tetapi penyakitnya itu. Dia sudah tidak ingat akan kejadian hitam itu dan menggangap aku sebagai orang lain. Danial harapkan perkara itu akan terus hilang dalam ingatan bondanya namun aku menolak pendapat Danial itu. Padaku, itu bukan caranya untuk kami menghalalkan apa yang bukan sepatutnya. Aku mahu bondanya menerima aku seadanya dan sebenarnya! Dan jika ingatan bondanya kembali,aku harapkan ada sinar pada hatinya untuk menerima aku sebagai wanita yang akan menjadi permaisuri anak lelakinya. Insyaallah.

Tuesday 21 June 2011

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part-3 Lambaian Kasih

  "Lehah! Lehah!" Jeritku pada tubuh Solehah yang lembik terkulai layu di pangkuanku saat itu. Tubuhnya sejuk dan penuh dengan kesan tanah dan darah. Solehah masih lagi tidak sedarkan diri disaat aku cuba untuk menyedarkannya. Kegelapan malam itu sangat luar biasa suasananya dengan tiupan angin yang mmbuatkan pepohon pisang dan pelepah kelapa bagaikan mahu tercabut dari pokoknya. Aku begitu sedih dan pilu tatkala melihat Solehah yang terbujur kaku itu namun masih lagi bernafas dek pada nadinya. Baju kurung kuning air yang dipakainya habis terkoyak rabak dan diseliputi dengan tanah mungkin kerana akibat bergelut dengan seseorang. Tudungnya juga habis terbuka dan hanya rambutnya yang terburai-burai ditanah itu.
Pelbagai perkara yang bermain-main di dalam kepala otak Daniel pada saat itu memikirkan apa yang telah terjadi kepada gadis yang dia sayangi itu. Sedang Daniel cuba untuk merangkul Solehah untuk dipangku tiba-tiba dia terasakan ada sesuatu yang hinggap di lehernya saat itu. “CELAKA PUNYA BINATANG! “ jerit suatu suara garang. Tika aku menolehkan kepalaku perlahan ku lihat sekumpulan orang kampung yang diketuai oleh seorang gangster kampung- Kamal. Mereka beramai-ramai menyerang aku serentak sehingga aku terperlanting ke tepi jalan. Solehah yang ku pangku tadi rebah jua ditanah hingga tergolek-golek ke tepi longkang mujur tidak terjatuh kedalam longkang. Tiba-tiba hinggap lagi satu penumbuk buku lima ke perutku. Kemudian aku diteranjang oleh orang kampung dengan bertubi-tubi tanpa belas kasihan terhadapku. Ya Allah! Rintihku sekuatnya. Tiada apa yang dapat kugambarkan kesakitan yang aku rasakan tatkala buah penyepak yang singgah tepat di perutku.

  DASAR BINATANG! Jerit seorang pemuda dengan wajahnya yang penuh bengis dan garang. Berani kau memperkosa anak dara kampung nih hahh!!” jerit lagi laungan itu. Tergamam aku tatkala mendengar perkataan MEMPERKOSA itu! Ya Allah! Tergamak mereka menuduh aku sedemikian rupa. Apalah dosa aku ini sampai diperlakukan seperti ini. Yang hanya terbayang-bayang di mata ku ini hanyalah wajah bondaku tercinta. Apa yang akan terjadi jika perkara ini sampai ke pengetahuannya? Tidak mungkin sesekali aku sanggup melakukan perbuatan terkutuk lagi dilaknat Allah ini tambahan pula kepada insan yang sangat aku hormati dan sayangi itu. Aku cuba untuk bangun dan mempertahankan diri namun belum sempat aku berbuat apa-apa saja mereka beramai-ramai menarik tanganku dan mengheret badanku ditanah tar hitam yang sangat kasar dan tajam itu dengan penuh kebencian padaku. Berbagai macam makian dan penghinaan yang aku terima termasuklah ludah yang jatuh dibadanku.

  Kulihat Solehah yang dibiarkan terbaring kaku di pinggir jalan tanpa sesiapa yang menolongnya. Dan aku hanya mampu melihatnya dengan lelehan air mata yang tak mampu aku bantu. Saatku yang sedang darurat dan terdesak ini tak mampu untuk menolongnya dan aku perlu selesaikan masalah ku ini dahulu. Rupa-rupanya aku dibawa ke rumah ketua kampung dan dapat ku lihat begitu ramai orang kampung yang sedang berkumpul sambil memegang parang,kapak dan juga cangkul baik lelaki mahupun  wanita. Sampai saja dihalaman rumah ketua kampung aku menerima lagi satu buah penendang di badan sehingga aku terbang dan tersungkur di rumput halaman. Rasa bagaikan mahu tercabut saja jantung dan hati ku saat itu. Belum habis kesakitan yang ku terima tadi aku telah diangkat dan tanganku telah diikat dengan tali sambil kebelakang. Didepanku berdiri ketua kampung yang berkopiah putih dan berkemeja petak hitan kelabu dengan misai dan kumis kelabu bernama Pak Ali.


  Pak Ali memandang tepat ke mataku tanpa berkelip sambil menghela nafas yang panjang,aku mengharapkan ada sesuatu harapan dan sinar dari matanya. Aku nak hang buat dua pilihan! Keluar dari kampung ini atau meringkuk didalam penjara!” Sergah Pak Ali padaku. Jangkaanku meleset. Aku langsung tidak diberi peluang untuk bersuara! Setuju! Suara penduduk kampung bergema serentak. Air mata terus mengalir tanpa hentinya bagaikan pasir yang dituang dianak mataku. Jantungku terus bergoncang dan cemas. DANIAL!! DANIAL! Suatu suara memecah kebingitan saat itu. Semua mata terus mengalihkan pandangan pada suara yang sungguh lirih itu. YA ALLAH! Bondaku! Bondaku terus berlari ke arahku sambil menerpa ke arah tubuhku yang longlai ini. Laungan tangisan bondaku terus bergema di halaman rumah batu itu. 

  Air mata dan esakkan aku terus laju dan menjadi-jadi. Aku menangis bagaikan bayi kecil yang dahagakan susu ibunya. Suasana hiba terus menyelebungi pelusuk penduduk. Masing-masing terdiam kaku dan hanya melihat. Aku sudah separa sedar dan sudah hilang segala kudrat akibat dibelasah bagaikan anjing di tepi kebun pisang tadi. Pak Ali! “Demi Allah! Saya berjanji didepan kalian semua yang saya akan pastikan anak saya tidak akan pijakkan kakinya ditanah kampung ini lagi! Semoga Allah akan menjadi saksi dan hakim pada apa yang telah terjadi hari ini!” Saya akan pastikan!” Jerit bondaku sepenuh jiwanya. Aku juga tersentak dengan kata-kata bondaku itu. Apatah lagi penduduk kampung, semuanya terkesima dan hanya mampu menelan air liur! Pak Ali yang pada mulanya kelihatan menyinga kini umpama harimau yang menyimpan kukunya.

  Sejak detik hitam itu berlaku,aku telah membawa diri dan melanjutkan pelajaranku yang telah tertangguh di Australia berkat doa dan pertolongan bondaku yang sanggup menggadaikan tanah arwah pusaka moyangku demi masa depanku. Solehah jua telah membawa dirinya dengan menyambung pelajaran dalam bidang doktor sakit puan di universiti Indonesia. Trauma Solehah pada kejadian ngeri itu telah berlarutan selama setahun ditambah lagi dengan berita pemergian aku menambahkan lagi luka dihatinya. Dia tahu aku tidak bersalah dan ianya telah terbukti setelah pihak polis dapat mengesan dan membuat penyiasatan tentang apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu. Kamal telah didapati bersalah atas tuduhan cubaan memperkosa dan membelasah orang. Seluruh penduduk kampung berasa sangat malu dan bersalah atas apa yang telah terjadi dan sangat menyesal kerana bertindak terburu-buru terhadapku.
Pada bondaku,ungkapan maaf itu bukanlah pengubat segala kelukaan dan penderitaan yang terpaksa aku tanggung dan terima. Bondaku belum boleh menerima dan pintu hatinya belum terbuka untuk memaafkan penduduk kampung tetapi dia tidak pernah menaruh dendam pada sesiapapun.

                                                       ******************************

Monday 11 April 2011

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part-3 Lambaian Kasih

Daniel meneruskan langkah kakinya memasuki bilik pejabatnya sambil menghempas beg yang dijinjingnya tadi membuatkan Ainun sedikit kaget dan hairan. “Tolong jangan ganggu saya!” ,sergah Daniel menyinga. “Berapa kali lagi I nak bagitau dekat u yang kita dah tak ada apa-apa lagi?” U sekarang sudah jadi isteri orang dan tolong sedar diri sikit!”. Ainun diam merah padam,sambil pandang tepat ke arah mata bundar Daniel dengan harapan Daniel akan luluh dan kesiankan dirinya. “U dengar baik-baik sini Daniel,I tak akan sesekali akan berputus asa dan menyerah kalah untuk menawan hati u semula walau dengan apa cara sekali pun! I nak u ingat tuhh!” . Dan I sekarang sudah mintak cerai dengan suami I yang bodoh tuh demi u okay!”,Ainun bersuara lagak seorang peguam di dalam mahkamah didepan lelaki yang dia gila-gilakan itu lalu berlalu pergi dari pejabat Daniel. Segala yang berlaku didalam pejabat itu telah menarik perhatian hampir sepelusuk pekerja dipejabat itu termasuklah si Megat kawan baik Daniel.

Daniel yang ketika itu sedang berdiri,melabuhkan punggungnya dikerusi hitamnya sambil menghelakan nafas panjang dan menekup penuh  mukanya. Ya Allah,apa nak jadi dengan si Ainun nih,makin menjadi-jadi perangainya malah semakin merunsingkan kepala otak aku ketika ini,desus Daniel sendiri. Adakalanya,terdetik perasaan kesal dan kecewa di jiwa Daniel kerana mempercayai rakannya ketika itu di Australia dan diperkenalkan dengan Ainun. Ainun yang ku kenal ketika itu sangat jauh bezanya dengan Ainun yang kujumpa sekarang,bisik hati kecilnya lagi. Mungkin tika saat itu jiwa muda aku ini tidak mampu memimpin dan memandu aku untuk berfikiran panjang dan mengambil semuanya sebagai percubaan dalam hidup di bumi asing.  Kesesakan dan kesibukan ibu kota metropolitan Kuala Lumpur ini bagaikan tiada hentinya dan terus bernyawa tanpa mengira malam dan siangnya lagi.

Perhubungan yang telah kujalinkan bersama Ainun ketika kami sama-sama sambung belajar diluar Negara masih ku pelihara mengikut adat-adat agamaku namun kami sering keluar bersama-sama dan menghabiskan masa dengan teman-teman kuliah. Ainun yang ku kenal dulu merupakan seorang gadis yang riang dan bijak dalam pelajaran malah dalam pergaulannya jua. Dan yang paling mengejutkan aku ialah Ainun  yang dulunya bertudung labuh dan Ainun yang sekarang jauh bezanya bagaikan api dan pemanggang. Ketika itu,dialah tempat aku meluahkan apa saja yang aku rasakan perlu dan sebaliknya juga pada dirinya. Namun,walaupun aku dikejauhan dari insan yang kucintai dan kusayangi iatu bondaku,kami masih sering berhubungan dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabku pada tiang agama.
Dan jika diimbau kembali sejarah lama yang masih terlipat rapi dingatanku dan juga beberapa hamba Allah ketika itu dan penyebab utama kenapa aku membawa diri  ke negara orang ini sangat pedih untuk aku ingatinya semula, kerana,sejarah itu melibatkan salah satu insan yang sudah pernah bertahta dihatiku ketika itu iatu-SOLEHAH!  Peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu itu masih segar dan melekat pekat diminda penduduk kampung dan juga aku mahupun Solehah!. Bersambung..

Wednesday 12 January 2011

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part-3 Lambaian Kasih

Setelah dua minggu aku pulang ke kampung halamanku menghabiskan masa cuti aku dengan insan yang tersayang memang sesuatu yang indah bagiku terutama sekali tatkala mengenangkan bondaku. Bondaku tidak henti-henti mengesat-ngesat air matanya yang membasahi pipinya sambil berpesan-peasan kepadaku agar menjaga diri sebaik mungkin dan jangan lupa tanggungjawab kita padaNya. Berat sungguh hatiku ini ingin melangkah pulang kekota pada hari ini selain fikiranku melayang-layang teringatkan si Solehah juga. “Kemana dia hari ini ya? Tak ingat aku yang mahu pulang ini kah?” Bisik hatiku lesu.
Ku tinggalkan kampung yang sungguh indah panoramanya petang itu dengan lambaian kasihku pada bondaku dan juga padamu Solehah! Rumahku semakin dikejauhan dan akhirnya hilang dari pandanganku dan hanya kelihatan lambaian sawah padi yang mengiringi kepergian aku tika ini. Dua jam sudah berlalu dan kelihatan papan tanda “SUNGAI BESI” melintasi kereta Proton Persona aku. Sepanjang perjalanan pulang ke bandar kali ini aku telah diganggu oleh beberapa panggilan telefon yang berulang-ulang kali berdering disisi kerusi kereta aku ini. Ku biarkan saja telefon itu berdering dengan tanpa rasa risau dan bersalah kerana sememangnya tidak penting untuk aku saat ini.
Sesampai sahaja aku dirumah terus aku melabuhkan badan kekatil dan berharap mendapat lena yang cukup untuk aku menempuh hari esok yang aku pasti sibuk dan merimaskan. Kutolehkan kepala melihat jam loceng disisi katil menunjukan tepat jam 11.00malam. Kudakapkan bantal pelukku itu agar lebih selesa dan akhirnya aku terlena selenanya.Kriingggg!!! Kedengaran jam loceng yang bebunyi membuatkan aku terkejut dan mengeliat seketika. Sudah jam 7.00pagi dan aku belum sempat untuk menunaikan solat Subuh! Dengan segeranya aku melakukan apa yang patut ku segera lakukan. Fuhh..
Dipejabat,aku disapa oleh Encik Megat iatu pembantu peribadiku merangkap kawan baik aku sendiri di syarikat Lentera Timur Enterprise ini. “Amboi-amboi.. cuti panjang nampak kau Danial? Takde buah tangan untuk aku ker hah?”Perli Megat padaku. Aku hanya membalas dengan senyuman sinis tanda membantah. Megat Fazwan Bin Mohd Nor. Seorang lelaki muda berusia 20an yang berbadan sederhana besar berkulit hitam manis,berambut lurus dan berlesung pipit. Salah seorang rakan baikku dari sekolah menengah lagi dan aku sangat mempercayainya. Seorang yang sangat terkenal dengan keramahannya dalam kalangan staff aku.
Belum sempat aku memasuki bilik pejabat,tanganku telah ditarik oleh seseorang hingga aku hampir tersepak pintu pejabatku itu. “Sayyanggg.. kenapa u tak angkat telefon I hah? I risaukan u taw..!”sergah seorang gadis yang datang dengan tiba-tiba. Ainun Binti Kamarudin. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 20an,berbadan tinggi serta berambut separa lurus dan separa kerinting. Merupakan kekasih hati si Danial ketika sama-sama sambung belajar di Australia dulu. Sambungan akan datang!