Wednesday 28 April 2010

Menangislah..

Salam semua teman-temanku,apa khabar kalian hari ini?Menangis..siapa yang tidak pernah menangis bukan?Sedangkan nabi pun menangis,inikan pula kita manusia biasa.Kadangkala manusia ini pelik perangainya,menangis sebenarnya punya pelbagai cerita dan keadaan yang berbeza.Tapi sayang,manusia ini egonya lebih tinggi dari gunung Everest nun jauh di sana.Saatku menghadapi detik-detik yang sukar dan lara,air matalah peneman ku yang paling sempurna.Bagiku,biarlah apa sahaja yang ingin menembak atau memacu diri ini tentang apa yang terjadi padaku,hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.Sukar bagiku untuk menunjukkan diriku yang sebenar kerna ada mata-mata yang meniti-niti untuk mencari salah dan prasangka.!Namun,siapalah aku untuk menutup tirai-tirai duka yang terus menghimpit jiwa yang saat ini dahagakan telaga kasih sayang.Menangisku bukan maknanya aku telah kalah pada permainan drama dunia tetapi terus membaiki kekurangan karektor diri dan skripnya agar tangisan yang terlerai pada tika itu menjadi ubat kepada muhasabah diri.Dan aku berjanji pada air mata yang jatuh di pipi mulus ini bahawa inilah yang terakhir buatmu.Menangisku juga bukan meminta simpati tetapi nekad di hati serta percaya pada kuasa Allah Taala bahawa setiap kerja dan perbuatan yang dilakukan baik atau sebaliknya akan mendapat balasan yang setimpal walaupun sebesar zarah.Moga-moga,air mata anak yatim yang mengalir ini akan menjadi inspirasi buat sesiapa yang berusaha untuk mencari kebahagian di dunia dan akhirat.Ya Allah!Jika ini jalan yang terbaik untukku,pimpinlah aku agar aku tidak jauh dari rahmat dan hidayahMu serta menjadi pedoman dan amalan buat jiwaku ini.Permudahkanlah segala urusanku,perluaskanlah pintu-pintu keberkatanMu agar aku sering menangis dan takut akan kekuasaanMu.Amin.

Hamba Allah.
Suhaimi Aziz

No comments: