Tuesday 21 June 2011

Sambungan Novel Sesuci Kasih Solehah- Part-3 Lambaian Kasih

  "Lehah! Lehah!" Jeritku pada tubuh Solehah yang lembik terkulai layu di pangkuanku saat itu. Tubuhnya sejuk dan penuh dengan kesan tanah dan darah. Solehah masih lagi tidak sedarkan diri disaat aku cuba untuk menyedarkannya. Kegelapan malam itu sangat luar biasa suasananya dengan tiupan angin yang mmbuatkan pepohon pisang dan pelepah kelapa bagaikan mahu tercabut dari pokoknya. Aku begitu sedih dan pilu tatkala melihat Solehah yang terbujur kaku itu namun masih lagi bernafas dek pada nadinya. Baju kurung kuning air yang dipakainya habis terkoyak rabak dan diseliputi dengan tanah mungkin kerana akibat bergelut dengan seseorang. Tudungnya juga habis terbuka dan hanya rambutnya yang terburai-burai ditanah itu.
Pelbagai perkara yang bermain-main di dalam kepala otak Daniel pada saat itu memikirkan apa yang telah terjadi kepada gadis yang dia sayangi itu. Sedang Daniel cuba untuk merangkul Solehah untuk dipangku tiba-tiba dia terasakan ada sesuatu yang hinggap di lehernya saat itu. “CELAKA PUNYA BINATANG! “ jerit suatu suara garang. Tika aku menolehkan kepalaku perlahan ku lihat sekumpulan orang kampung yang diketuai oleh seorang gangster kampung- Kamal. Mereka beramai-ramai menyerang aku serentak sehingga aku terperlanting ke tepi jalan. Solehah yang ku pangku tadi rebah jua ditanah hingga tergolek-golek ke tepi longkang mujur tidak terjatuh kedalam longkang. Tiba-tiba hinggap lagi satu penumbuk buku lima ke perutku. Kemudian aku diteranjang oleh orang kampung dengan bertubi-tubi tanpa belas kasihan terhadapku. Ya Allah! Rintihku sekuatnya. Tiada apa yang dapat kugambarkan kesakitan yang aku rasakan tatkala buah penyepak yang singgah tepat di perutku.

  DASAR BINATANG! Jerit seorang pemuda dengan wajahnya yang penuh bengis dan garang. Berani kau memperkosa anak dara kampung nih hahh!!” jerit lagi laungan itu. Tergamam aku tatkala mendengar perkataan MEMPERKOSA itu! Ya Allah! Tergamak mereka menuduh aku sedemikian rupa. Apalah dosa aku ini sampai diperlakukan seperti ini. Yang hanya terbayang-bayang di mata ku ini hanyalah wajah bondaku tercinta. Apa yang akan terjadi jika perkara ini sampai ke pengetahuannya? Tidak mungkin sesekali aku sanggup melakukan perbuatan terkutuk lagi dilaknat Allah ini tambahan pula kepada insan yang sangat aku hormati dan sayangi itu. Aku cuba untuk bangun dan mempertahankan diri namun belum sempat aku berbuat apa-apa saja mereka beramai-ramai menarik tanganku dan mengheret badanku ditanah tar hitam yang sangat kasar dan tajam itu dengan penuh kebencian padaku. Berbagai macam makian dan penghinaan yang aku terima termasuklah ludah yang jatuh dibadanku.

  Kulihat Solehah yang dibiarkan terbaring kaku di pinggir jalan tanpa sesiapa yang menolongnya. Dan aku hanya mampu melihatnya dengan lelehan air mata yang tak mampu aku bantu. Saatku yang sedang darurat dan terdesak ini tak mampu untuk menolongnya dan aku perlu selesaikan masalah ku ini dahulu. Rupa-rupanya aku dibawa ke rumah ketua kampung dan dapat ku lihat begitu ramai orang kampung yang sedang berkumpul sambil memegang parang,kapak dan juga cangkul baik lelaki mahupun  wanita. Sampai saja dihalaman rumah ketua kampung aku menerima lagi satu buah penendang di badan sehingga aku terbang dan tersungkur di rumput halaman. Rasa bagaikan mahu tercabut saja jantung dan hati ku saat itu. Belum habis kesakitan yang ku terima tadi aku telah diangkat dan tanganku telah diikat dengan tali sambil kebelakang. Didepanku berdiri ketua kampung yang berkopiah putih dan berkemeja petak hitan kelabu dengan misai dan kumis kelabu bernama Pak Ali.


  Pak Ali memandang tepat ke mataku tanpa berkelip sambil menghela nafas yang panjang,aku mengharapkan ada sesuatu harapan dan sinar dari matanya. Aku nak hang buat dua pilihan! Keluar dari kampung ini atau meringkuk didalam penjara!” Sergah Pak Ali padaku. Jangkaanku meleset. Aku langsung tidak diberi peluang untuk bersuara! Setuju! Suara penduduk kampung bergema serentak. Air mata terus mengalir tanpa hentinya bagaikan pasir yang dituang dianak mataku. Jantungku terus bergoncang dan cemas. DANIAL!! DANIAL! Suatu suara memecah kebingitan saat itu. Semua mata terus mengalihkan pandangan pada suara yang sungguh lirih itu. YA ALLAH! Bondaku! Bondaku terus berlari ke arahku sambil menerpa ke arah tubuhku yang longlai ini. Laungan tangisan bondaku terus bergema di halaman rumah batu itu. 

  Air mata dan esakkan aku terus laju dan menjadi-jadi. Aku menangis bagaikan bayi kecil yang dahagakan susu ibunya. Suasana hiba terus menyelebungi pelusuk penduduk. Masing-masing terdiam kaku dan hanya melihat. Aku sudah separa sedar dan sudah hilang segala kudrat akibat dibelasah bagaikan anjing di tepi kebun pisang tadi. Pak Ali! “Demi Allah! Saya berjanji didepan kalian semua yang saya akan pastikan anak saya tidak akan pijakkan kakinya ditanah kampung ini lagi! Semoga Allah akan menjadi saksi dan hakim pada apa yang telah terjadi hari ini!” Saya akan pastikan!” Jerit bondaku sepenuh jiwanya. Aku juga tersentak dengan kata-kata bondaku itu. Apatah lagi penduduk kampung, semuanya terkesima dan hanya mampu menelan air liur! Pak Ali yang pada mulanya kelihatan menyinga kini umpama harimau yang menyimpan kukunya.

  Sejak detik hitam itu berlaku,aku telah membawa diri dan melanjutkan pelajaranku yang telah tertangguh di Australia berkat doa dan pertolongan bondaku yang sanggup menggadaikan tanah arwah pusaka moyangku demi masa depanku. Solehah jua telah membawa dirinya dengan menyambung pelajaran dalam bidang doktor sakit puan di universiti Indonesia. Trauma Solehah pada kejadian ngeri itu telah berlarutan selama setahun ditambah lagi dengan berita pemergian aku menambahkan lagi luka dihatinya. Dia tahu aku tidak bersalah dan ianya telah terbukti setelah pihak polis dapat mengesan dan membuat penyiasatan tentang apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu. Kamal telah didapati bersalah atas tuduhan cubaan memperkosa dan membelasah orang. Seluruh penduduk kampung berasa sangat malu dan bersalah atas apa yang telah terjadi dan sangat menyesal kerana bertindak terburu-buru terhadapku.
Pada bondaku,ungkapan maaf itu bukanlah pengubat segala kelukaan dan penderitaan yang terpaksa aku tanggung dan terima. Bondaku belum boleh menerima dan pintu hatinya belum terbuka untuk memaafkan penduduk kampung tetapi dia tidak pernah menaruh dendam pada sesiapapun.

                                                       ******************************

No comments: